Mutiara Group merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya Melayu di mana syarikat ini dipecahkan kepada tiga rangkaian;
1) Perniagaan Sinar Mutiara Gemilang
2) Restoran Mutiara Delima
3) Mutiara Dobi (Cawangan Tanjong Karang & Sekinchan)
i) Perniagaan Sinar Mutiara Gemilang
Perkhidmatan yang disediakan di kedai ini adalah multimedia (Cyber Cafe) dan telah beroperasi selama 4 tahun. Namun pelbagai keperluan perkhidmatan yang berkaitan dengan komputer turut disediakan seperti perkhidmatan membaiki laptop/komputer/printer selain menjual barangan komputer seperti pendrive, mouse (tetikus), dan CD.
Keselesaan para pengguna juga amat dititikberatkan, jadi suasana yan lebih santai dapat dirasai di kedai ini.. Selain itu, lokasi yang strategik juga dapat menarik perhatian para pelanggan untuk ke kedai ini di mana kedai ini terletak di tengah-tengah bandar Tanjong Karang (berdekatan kedai runcit, masjid, kedai makan, klinik, dan kedai telefon).
Selain lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar, kawasan perumahan yang berdekatan dengan lokasi kedai ini dapat memberi insentif /peluang kepada para ibu bapa untuk menghantar anak mereka untuk ke kelas mengaji yang turut disediakan di dalam kedai Mutiara Gemilang.
Di dalam mencari keuntungan, Perniagaan Sinar Mutiara Gemilang juga tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya bagi membantu masyarakat untuk menjadi masyarakat yang celik IT. Oleh itu, kursus asas komputer turut ditawarkan.
Perkhidmatan Perniagaan Sinar Mutiara Gemilang beroperasi di No. 6, Lorong Bahagia 2, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.
ii) Restoran Mutiara Delima
Restoran ini telah beroperasi selama 2 tahun beralamat No. 240 Jalan Besar 45500 Tanjong Karang, Selangor. Restoran ini terletak berdekatan dengan Masjid Ar-Raudhah Tg. Karang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun.
Restoran ini adalah berkonsepkan restoran 2 ruang yang mana ruang makan bersifat terbuka bagi membolehkan pelanggan menikmati makanan dan boleh menghisap rokok. Manakala satu ruang lagi berhawa dingin yang lebih sesuai untuk keluarga dan santai. Restoran Mutiara Delima juga dilengkapi dengan wifi percuma untuk kemudahan pelanggan yang ingin melayari intenet.
Para pelanggan boleh merasai menu hidangan ala-barat dan juga menu makanan tempatan dengan kadar yang harga yang berpatutan.
iii) Mutiara Dobi
Perniagaan kedai dobi ini merupakan perniagaan keluarga dan telah diusahakan secara kecil-kecilan pada peringkat awal dan pelanggan hanya terdiri pada orang kampung sahaja. Sekitar tahun 2000, syarikat telah membuka kedai dobi baru di Kuala Selangor dan pelanggan terdiri daripada guru-guru, pekerja buruh, dan penduduk sekitar Kuala Selangor.
Pada tahun 2008, syarikat telah membuka satu kedai lagi di Pekan Tanjong Karang dengan nama Mutiara Dobi di mana kedai ini menggunakan mesin-mesin yang lebih canggih dan besar. Para pelanggan merangkumi hotel, sekolah dan pejabat kerajaan.
Pada tahun 2011 syarikat telah mengembangkan perniagaan dengan membuka satu kedai lagi di pekan Sekinchan. Di sini para pelanggan terdiri daripada guru-guru, pekerja swasta dan seluruh penduduk Sekinchan yang berbilang bangsa; Melayu, Cina dan India.
Mutiara Dobi merupakan rangkaian Mutiara Group yang terawal diusahakan.
Maklumat Pemilik
Nama : Mohamed Rafi b. Mokhtar
Tarikh Lahir : 17 Ogos 1967
Warganegara : Malaysia
Bangsa /Agama : Melayu / Islam
0 comments:
Post a Comment